Story of Me and Apek Warfarin. [Gua Tak Lupa Lu Uncle!]

| Sehari sangkutan MTAC Warfarin | 

Seorang pakcik Cina datang bertemu pegawai farmasi. Temu bual berjalan seperti kebiasaannya. Aku berdiri di tepi, observe. Setiap pertanyaan pegawai, aku take note. 

PF: pakcik ada tanda-tanda pendarahan tak? Gosok gigi berdarah ke, najis gelap hitam hitam ke, atau lebam-lebam? 
PC: gua tarak berdarah punya. Gua gosok gigi pun tak darah. Musti loh. 
Pegawai kurang mengerti tutur katanya yang sedikit tenggelam. Aku pun sukar fahami pada mulanya. Lama aku interpret. 
PF: betul tak berdarah bila gosok gigi? 
PC: ya lah. Sini tengok gua gosok macam mana. (Sambil tolak keluar gigi palsunya dengan lidah) 
Aku: (luruh jantung aku. Haha) sengih aku - mudah terhibur. 

Temu bual bersambung lagi. Tentang dos Warfarin yang pernah missed, pemakanan sayur hijau, warna pil apa, makan bila dan hari apa. Semua. 

PF: pakcik ada rasa pening-pening, mual rasa nak muntah atau sesak nafas tak? 
PC: Alhamdulillah tak. Gua rasa okay ja ma. Alhamdulillah. 
Pegawai dengan aku dah pandang satu sama lain. Pakcik Cina ni berpakaian seperti Apek Cina lain. Short dan tshirt. Pegawai tanya, uncle ni Melayu ke Cina. Dalam kepala aku dah betulkan soalan pegawai "tanya la muslim ke, bukan melayu ke tidak" melayu cina tu bangsa, bukan penentu agama. 
Pakcik tu jawab "gua cina la". Pegawai pandang aku lagi, kerut-kerut dahi. Aku sengih tunjuk gigi sambil henjut-henjut bahu menyampai maksud bahawa aku tak tahu. 

Bila usai, pegawai sedang mengira dos baru. Mungkin perlu intervention apabila bacaan INR nya tingtong. 

PC: lu tau, dalam dunia ni kita tak lepas itu. (Tangannya menunjuk bentuk tangga. Ada tujuh lapis dia kata) lu tau ka ini apa?  
PF dan aku: geleng kepala. 
PC: lu tau, kita kena percaya kepada Al-lah. Dia saja tuhan kita. Kita buat apa saja dalam dunia, nanti mati kita kena jawab oh. Mana boleh lari. Musti kena bertanggungjawab. Tengok, lu orang ta faham. 
Wah masa ni aku dah bertentang mata dengan apek cina ni. Meremang bulu roma dia bila dia menyebut frasa seolah-olah syahadah. Tapi aku keliru. Entah ya entah tidak. Dia sambung, 
PC: kat dunia ni jangan la buat baik sebab nak tunjuk orang. Semayang jangan depan orang. Semayang, cari tempat bersih-bersih, semayang. Kita buat baik, kita dapat pahala. Kita buat tara baik aa, jahat sama orang sama binatang, ohh nanti kena jawab oh mana boleh lepas. Tunjuk lagi gaya tangga. 

Okay sekarang aku faham. Tujuh lapis neraka. 
PC: lu tau ka apa? 
Aku: senyum, angguk kepala. 
PC: naa bukan semua orang boleh faham. Lu faham dia tara faham. (Sambil tunjuk pegawai. Padahal pegawai tu sibuk kira dos baru.) kita tak boleh kata orang macam-macam. Dia pakai macam mana, dia buat apa, kita tak boleh kata (judge) sama dia. Kita tak tahu, itu Al-lah tahu. 
Aku: mana Uncle tahu? 
PC: lu jangan tanya gua mana gua tahu. Gua taboleh cakap. Nanti itu satu badan gua meremang. Lu tengok, naik bulu tangan. (Dia menyapu tangan kakinya yang kelihatan tegak bulu-bulunya) 

Aiyoo uncle. Aku tak tahu mahu respons apa selain mengangguk, mengiya. Dalam akal, terima apa yang baik, interpret hanya yang baik. Ada betulnya apa yang dia sampaikan, ada juga keraguan dari sudut pandangan aku sendiri. 

Uncle, saya doa uncle dapat hidayah. Jika benar Uncle beraqidahkan Islam, yakni Allah sebagai tuhan yang satu tanpa sekutu, semoga Uncle mampu praktikkan apa yang sebenarnya Islam. 

Tak semestinya yang mengingatkan kita itu, sesaudara Muslim. Ada juga yang bukan Muslim tetapi menerangkan tentang Islam kepada kita. Skop Islam itu luas lagi menyeluruh. 
Allah tunjuk, menggunakan segala bentuk makhluk. 
Cuma kita, kita yang perlu buka mata, buka hati untuk menerima. 

Sekian, 
Miss Aimi Noor. πŸ™†πŸ»

Comments

Popular posts from this blog

My Mom's Cornflakes Cookies Recipe

The Lies I Tell Myself