Cliché!

Jika malam ini kita tidur dalam keadaan berdukacita, semat dalam dada yang esok mungkin bahagia.

Jika malam ini kita diruntun rasa kecewa, ingat dalam jiwa bahawa setiap takdirnya tiada yang sia-sia. 

Orang senang berkata tanpa dia merasa. 
Lidah mudah menikam tanpa sedar tikaman itu terlalu dalam. Langsung tersemat hingga terganggu amygdala nya. Terusik emosinya.  
Aku ingat! 

Bila kita merasa terlalu hilang, terlalu jauh tanpa arah, doa lah. 
Cuma doa yang mampu membantu. 
Ingatlah Dia, cuma Dia yang akan tumpu. 
Seandainya malas merayu, atas rahmatnya juga perjalanan kita diteruskan. 
Jadi jangan berlagak dengan Tuhan! 

Doa. Dia dengaq. 
Doa, meskipun Dia sudah tahu. 
Doa, walau kali ke seribu. 

Peringatan cliché , tapi hang yang tak ingat-ingat. 
"Hang" tu sapa? 

Bila aku tunjuk hang tu, maksudnya hang la. Yang lagi empat jari tu menghala kat aku jugak. Aku aku aku dan aku. 

*hang sabaq sat* 

Comments

Popular posts from this blog

Story of Me and Apek Warfarin. [Gua Tak Lupa Lu Uncle!]

My Mom's Cornflakes Cookies Recipe

The Lies I Tell Myself